Hari-hari dalam hidup aku.

blog nie ibarat diari hidup aku..

Sunday, January 27, 2013

Aku dah cuba untuk setia

Semalam aku keluar dengan dia, sepanjang perjalanan itu dia bercerita tentang 
apa yang terjadi dekat tempat dia belajar itu.
Aku rasa hampir semua cerita yang dia belum cerita dekat aku sebelum nie,
semua dia cerita dekat aku semalam. 
So, baru aku tahu hal yang sebenarnya yang terjadi dekat sana itu. Kadang-kadang aku ada jugak terasa 
hati tapi bila di pikirkan balik dia dah cuba untuk setia dengan aku.
Masa dia cerita tu aku tengok muka dia, memang penuh dengan keikhlasan.
Memang dia berterus-terang dengan aku time 2. Aku bukannya apa aku kesiankan diri dia 
yang telah banyak melakukan sesuatu hanya kerana aku. Aku rasa kalau dia nak curang dengan aku 
aku rasa memang dah lama dia buat tapi dia masih ingat yang
dia tu hanya milik aku, dia tu telah berpunya sebab tu la dia menolak 
semua tu. Walaupun dia tahu yang lelaki itu lebih layak menjaga dia daripada aku, dan lebih mengambil berat 
tetang dirinya tapi dia masih lagi memilih aku. 
Sebab itu lah aku respect dengan dia, walaupun kami selalu bergaduh, bertengkar tapi 
semua tu tak menghalang hubungan ini untuk terus kekal selama hampir 4 tahun ini.
Aku rasa aku bersyukur mempunyai orang yang aku sayang seprti dia. 
Dia memang dah cuba untuk setia dengan aku.
Aku rasa semua rasa kecewa aku, sakit hati aku semuanya hilang bila aku pikirkan balik
tentang cerita yang dia ceritakan aku tu.
Kalau dia yang sedang membaca blog nie, saya bersyukur sangat sebab awak dah cuba untuk
setia dengan saya. Saya tahu yang awak 
pun rasa serba salah sekarang tapi awak telah buktikan yang awak 
telah setia dengan saya. 


Saya mintak tolong dengan awak sangat-sangat.


No comments:

Post a Comment