Hari-hari dalam hidup aku.

blog nie ibarat diari hidup aku..

Friday, September 20, 2013

Aku terpaksa

Assalamualaikum ! salam jumaat. Biasa nya bila aku buat entry kat blog nie mkna nya aku tengah ada problem. And hari ini aku telah buat satu keputusan yang paling besar dalam hidup aku. Aku terpaksa memilihnya sebab
aku sendiri tak sanggup untuk melukakan hati nya lagi.
Aku juga tak sanggup nak tengok dia bahagia bersama orang lain.
Tapi apa boleh buat kita hanya merancang 
tapi Tuhan yang menentukan,
daripada aku terus derita dia baik aku yang tanggung derita 2..


Aku bukan bukan yang terbaik untuk dia, aku jugak bukan yang sempurna untuk
dia. Sebab tu la buat keputusan ini supaya 
aku dapat berhenti penderitaan dan 
sakit hati nya. Aku tahu yang apa yang aku buat dalam masa terdekat ini
membuatkan dia terasa tersisih, 
dan membuat kan dia sepertinya tidak wujud dalam 
hidup aku. 
Siapa yang tak mengamukkan kalau kekasih dia 
sendiri tidak hiraukan dia.
Kalau la benda 2 yang terjadi dekat aku, aku rasa aku pun akan 
buat apa yang dia buat sekarang.


Berbalik kepada cerita lelaki yang dia kenal 2. Lelaki 2 mempunyai 
setiap ciri yang dia mahukan. Nak aku sebut ke apa ciri-ciri tu ?
tak payah la kot 
nanti kantoi pulak, tapi buka tu point yang aku nak cakap.
Point nya aku nie yang tak dapat penuh 
segala ciri yang dia mahukan selama ini.
selama hidup 5 tahun nie bersama si dia, aku rasa 
tak da satu pun perangai aku yang dia suka.
Dia suka orang yang pandai melukis, aku bukan nya 
berdarah seni. Kami budak sains komputer mana pandai melukis.
(gurau je 2). boleh di kata kan aku nie kira useless la.


Macam-macam da aku buat untuk menggembirakan hati dia dalam masa 
5 tahu nie. Tapi dalam masa tk sampai 1 tahun si lelaki tu 
dapat menyenangkan hati dia 
dan buat dia pikir yang lelaki tu lebih baik daripada aku
Aku terima walaupun berat.
lagipun aku sedar diri aku nie, da la banyak perangai
mana ada manusia suka kat orang macam nie.
hmm :| ....


cukup la enrty aku setakat nie. hati ini da tak sanggup da nak 
mengenang kan nasib diri nie.
macam-macam perasaan macam-macam masalah yang 
ada dalam hati dalam pikiran nie.
:(

Sunday, July 7, 2013

Rupa nya ada benda lagi yang aku tak tau

Assalamualaikum ! lama betul tak post dalam blog nie , biasa nya kalau aku post biasa
 nya bnda-2 yang aku tak puas hati je. Kali nie 
memang aku tak puas hati la 
lau nak di ikut kan marah , memang hari nie jagak ak pegi seremban 2 
tapi bila terdengar cerita tadi 
rupanya ada benda lagi yang aku tak tahu. 
Tapi aku tak pasti pulak, apa yang sebenar nya 
yang berlaku tu.
patut la dia tak nak cerita dekat aku pun , rupanya keadaan semakin rumit 
setiap kali aku tanya , dia buat tanya balik 
ataupun dia akan berdalih dengan kata yang lebih specific lagi 
tukar topik . 
Aku nak tanya lebih - lebih pun aku takut 
buat tambah stress dia je . tapi bila gini 
lain pulak yang jadi , aku pulak terseksa . aku cuma nak tolong dia je 
tapi bila da jadi macam nie 
aku pun da jadi keliru .
kalau la dia terbaca apa yang aku tulis nie , aku mintak tolong sangat-sangat 
tolong cerita benda yang sebenar nya 
aku bukan apa , aku cuma nak tahu perkara yang sebenar nya 
kenapa la banyak sangat masalah kat sana tu hah ??
aku pun duk ipta jgak , tapi xde la masalah macam tu .
Aku pun xpasti apa sebenar nya yang jadi , nak tolong salah tak 
tolong pun salah . hmm !! 

Wednesday, January 30, 2013

Aku tak marah pun

Tolong la jangan buat aku macam nie.
Aku marah bukan pasal kau cerita atau pasal kau luahkan perasaan
tapi tiba-tiba je kau stop 
time kita bbm (blackberry messeger) tu.
Aku pantang bena lau org buat cam 2 dekat aku.
Kalau kau nak luahkan perasaan dekat aku tu aku tak kisah pom.
Aku lebih rela sakit hati daripada tahu kau sorokkan benda daripada aku.
Tapi tolong la jangan cerita sekerat jalan.
Aku tak suka la, aku lebih suka kau bercerita dengan aku. Dengan cara yang baik kita dapat 
selesaikannya bersama. 
Macam tu kan lebih elok. Aku dah bagi tahu kan yang aku tak kisah pun tentan perasaan
aku nie. Yang penting kita dapat hidup bahagia macam dulu-dulu.
Tentang perasaan aku, aku dah biasa macam nie.
Buat masa sekarang aku cuma nak kau berkongsi cerita dengan aku memandangkan
kau sedang bermasalah sekarang nie,
aku paham keadaan kau. Aku akan cuba usaha untuk tolong kau
dengan apa cara sekali pon. Kalau kau nak suruh aku slow talk dengan 'dia'
pun aku sanggup. Aku tak ambik kira pun dengan 
perasaan aku nie. Hati aku dah kering pun, sebab itu la kalau masalh yan melibatkan kau 
aku rela untuk tolong kau walaupun aku tahu yang dia akan memberi masalah kepda
aku nanti.
Tak apa aku sanggup lagi. Sebelum aku menutup mata
aku nak pastikan yang kau 
berada dengan orang yang betl-betul dapat menjaga kau.
Dan aku akan pastikan yang kau akan kenal erti KEBAHAGIAN. 

Sunday, January 27, 2013

Aku dah cuba untuk setia

Semalam aku keluar dengan dia, sepanjang perjalanan itu dia bercerita tentang 
apa yang terjadi dekat tempat dia belajar itu.
Aku rasa hampir semua cerita yang dia belum cerita dekat aku sebelum nie,
semua dia cerita dekat aku semalam. 
So, baru aku tahu hal yang sebenarnya yang terjadi dekat sana itu. Kadang-kadang aku ada jugak terasa 
hati tapi bila di pikirkan balik dia dah cuba untuk setia dengan aku.
Masa dia cerita tu aku tengok muka dia, memang penuh dengan keikhlasan.
Memang dia berterus-terang dengan aku time 2. Aku bukannya apa aku kesiankan diri dia 
yang telah banyak melakukan sesuatu hanya kerana aku. Aku rasa kalau dia nak curang dengan aku 
aku rasa memang dah lama dia buat tapi dia masih ingat yang
dia tu hanya milik aku, dia tu telah berpunya sebab tu la dia menolak 
semua tu. Walaupun dia tahu yang lelaki itu lebih layak menjaga dia daripada aku, dan lebih mengambil berat 
tetang dirinya tapi dia masih lagi memilih aku. 
Sebab itu lah aku respect dengan dia, walaupun kami selalu bergaduh, bertengkar tapi 
semua tu tak menghalang hubungan ini untuk terus kekal selama hampir 4 tahun ini.
Aku rasa aku bersyukur mempunyai orang yang aku sayang seprti dia. 
Dia memang dah cuba untuk setia dengan aku.
Aku rasa semua rasa kecewa aku, sakit hati aku semuanya hilang bila aku pikirkan balik
tentang cerita yang dia ceritakan aku tu.
Kalau dia yang sedang membaca blog nie, saya bersyukur sangat sebab awak dah cuba untuk
setia dengan saya. Saya tahu yang awak 
pun rasa serba salah sekarang tapi awak telah buktikan yang awak 
telah setia dengan saya. 


Saya mintak tolong dengan awak sangat-sangat.


Monday, January 21, 2013

Aku Da Penat

Aku da penat la dengan semua nie, aku tanya tu sebab aku sayang kan kau.
AKu bukan nya nak putuskan hubungan nie tapi aku cuma membetul keadaan nie. Aku tahu yang kau 
bukan lagi yang aku kenal macam dulu.
Kau yang dulu sudah hilang sejak kau pergi belaja kat sana 2. Aku cuma nak kau yang aku kenal
semasa kita dekat sekolah menengah hari 2. Kau menjadi milik ku walau apa pun yang jadi.
Tapi setelah kau berjauhan ini, semua keadaan telah berubah. Aku macam tak kenal kau sapa.
Nama yang sama tapi perangan kau da berubah sepenuhnya.
Aku tahu yang bukan aku seorang yang berada di hati kau, dan aku tahu juga yang kau mengharapkan
si dia menerima cinta kau. AKU TAHU SEMUA ! hampir setiap hari aku stalk profile facebook, profile twitter kau. Semua nya aku dapat agak. Cuma hati nie tak dapat nak lepas kan kau. 
Aku tahu yang selepas kau keluar dengan si dia time hujung semester lepas, 
hati kau telah tertarik dengan si dia.
Maybe aku nie tak cukup baik untuk kau walaupun aku da buat sehabis baik untuk.
Tapi mungkin layanan aku ini tidak cukup sempurna 
untuk kau. Tak mengapa, aku terima seada nya. 
AKu tahu yang aku nie tak sempurna bagi kau. Mungkin semua layanan yang aku bagi kat kau tu tidak cukup sempurna bagi kau.

AKU HARAP KAU BAHAGIA NANTI !!

Friday, January 18, 2013

cuba la faham aku

Kenapa kau tk nak faham aku, aku dah buat macam-macam untuk kau. Aku layan kau macam puteri, aku jaga hati kau, aku tk ambil kisah pom tentang hati aku nie.
tapi kau layan aku macam sampah, time kau susah kau cari aku, time kau ada masalah 
kau cari aku, time kau sedh kau cari aku 
tapi ada kau tanya aku apa yang aku rasa, pernah kau tanya yang ak u suka apa yag aku tk suka?
PERNAK TAK???
Tak pernah. kau cuma pikir tentang diri kau je. Asal kan kau happy cukup la.
ada sekali kau tweet "kau cuna tok setia pom da kira baik"
habis 2 yang aku setia dengan kau selama 3 tahun lebih nie ada kau amik kisah?
ADA TAK???
Tak ada langsung kan. kau ingat aku tak perasan ke semua 2. aku tahu aku nak pernah mainkan perasaan 
perempuan sebelum nie, TAPI bila aku bersama kau selama 3 tahun nie aku tak pernah pun main kan perasaan kau. Aku jaga kau, aku manja kan kau.
Aku nak kau tahu 1 perkara. Kalau kau tengok ke dalam lubut hati ku nie.
kau akan tahu betapa teruk nya kau lakukan terhadap aku. Aku simpan je, aku pendam je sebab tak nak 
kau terasa hati dengan aku bila bagitau kau.
Kalu kau tengok hati aku nie penuh dengan parut kau aje. tak da tempat yang tak berparut.
Aku tahu aku lelaki, tapi tak semestinya aku lelaki aku tak boleh jadi sensitif.
aku pum manusia jugak, aku pom ada hati dan perasaan jugak, aku pun nak rasa kebahagian dan kasih sayang daripada kau. 
AKu pun hamba Allah jugak di bumi ini. TAPI kenapa kau tak boleh layan aku seperti aku layan kau???
KENAPA????????
tak pe la, aku harap Allah akan balas aku dengan yang baik-baik.
IN SYA ALLAH 

Saturday, November 24, 2012

Tolong kasi tau awal-awal. . .

Kali ini aku nak kongsi sikit la and kalo sapa-sapa yang terasa tu aku mintak maaf and tolong ubah peramgai korang. Bukan semua org yang kat keliling korang 2 suka dengan perangai korang tu. Perangai yang aku maksudkan adalah suka wat keputusan last minutes. Mula-mula cakap lain last-last cakap lain pulak. Kalau bagitau awal-awal yang tak jadi kan senang tak de la buat orang tertunggu macam orang bodoh. Bukan apa aku bengang betul kalau orang cam nie. Kalau ikutkan hati memang aku buang kat laut je bagi jerung makan. Nasib baik la aku nie jenis penyabar and sifat panas baran tu aku dah kurang (bajet je semua 2) kalau tak memang aku buang kat laut pon orang-orang macam nie. Tolong la aku mintak kat korang ek. Ubah sikit perangai 2. Kerja sama Anda amat kami hargai. heheehehe Macam iklan tv lak... Assalamualaikum